Definisi Islam
1.0 PENDAHULUAN
Islam adalah agama yang
diturunkan kepada Nabi Muhammad Saw dan rasul sebagai utusan-Nya yang terakhir
untuk menjadi pedoman hidup seluruh umat manusia hingga akhir zaman.1 Yang
berintikan tauhid atau keesaan Tuhan dimanapun dan kapanpun dandibawa secara
berantai (estafet) dari satu generasi ke generasi selanjutnya dari satu
angkatan keangkatan berikutnya, yaitu sebagai rahmat, hidayat, dan petunjuk
bagi manusia dan merupakan manifestasi2 dari sifat rahman dan Rahim Allah SWT.3
Agama Islam adalah satu-satunya agama yang di akui di sisi Allah swt. Ajaran
dan ketentuan-Nya yaituAl-qur’an dan sunnah. Sehingga beruntunglah bagi mereka
yang telah menjadi pengikutnya kemudian dapat pula melaksanakan dan mengamalkan
ajaran Islam secara baik dan benar. Islam lahir membawa akidah ketauhidan dan
melepaskan manusia kepada ikatan berhala-berhala, serta benda- benda lain yang
posisinya hanyalah sebagai makhluk Allah SWT dan ajaran Islam di dukung oleh
krangka dasar agama Islam yaitu akidah, tauhid, dan akhlak. Oleh karena itu
kita perlu memiliki akidah dan menjaganya jangan sampai rusak serta tidak
menyimpang dari aqidah yang sebenarnya. Apalagi mencampur adukkannya dengan
suatu kepercayaan yang dapat merusak aqidah
1.1 MAKSUD ISLAM
Islam bererti tunduk dan
patuh menurut segala peraturan dan panduan zahir serta batin yang dibawa oleh
Baginda Rasulullah SAW.Iman dan Islam tidak boleh diceraikan untuk memperoleh
pelepasan azab di Akhirat nanti.
1.2 KELEBIHAN ISLAM
Firman Allah SWT,
maksudnya: “… dan aku telah redhakan islam menjadi agama untuk kamu…..” (
al-maidah : 3 )
Dari Abi Sai’d al-khudri
r.a, bahawa dia telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : “apabila seseorang
itu memeluk islam, lalu dia mengerjakan amalan-amalan yang membuktikan
keislamannya dengan sebaik-baiknya ( serta dengan ikhlas ), Allah akan mengampunkan
tiap-tiap kejahatan yang telah dilakukannya dahulu ( sebelum islam ), dan
sesudah itu dijalankanlah balasan ( bagi segala amalnya ) – tiap-tiap satu
kebaikan ( akan dibalas ) dengan sepuluh kali gandanya hingga kepada tujuh
ratus kali ganda, dan tiap-tiap satu kejahatan ( akan dibalas ) dengan satu
kejahatan yang menyamainya, kecuali jika Allah mengampunkannya..” (
Bukhari )
Hadith ini mengandungi :
·
Setiap orang yang masuk islam dengan sebenar-benarnya akan diampunkan segala
dosanya yang telah lalu.
·
Sesudah dia masuk Islam, baharulah dia akan diberi balasan menurut ketetapan
yang tertentu.
·
Balasan orang yang berdosa, terserah kepada Allah.
Huraian hadith :
o Orang kafir
yang masuk islam, semua amalan yang telah lalu akan diampunkan oleh Allah SWT
dan bersihlah dia dari menanggung dosa.
o Sesudah itu,
semua amalannya akan dihitung sebagaimana orang muslim yang lain. Jika
amalannya baik, maka Allah SWT akan memberi balasan kebaikan sepuluh hingga
tujuh ratus kali ganda. Sebaliknya tiap-tiap amalan kejahatan – jika
dikehendaki Allah – dibalas dengan hanya satu kejahatan yang sama dengannya.
o Dalam hadith
ini juga Rasulullah s.a.w. menerangkan satu hakikat bahawa orang yang melakukan
dosa tidak boleh ditentukan balasan buruknya, kerana hal itu terserah kepada
Allah SWT.
1. seorang muslim beribadah
hanya kepada Tuhan yang Maha Esa, tidak mempersekutukan dengan yang lainnya,
mempunyai nama-nama nan indah, sifat-sifat mulya. Sehingga seorang muslim
menyatukan wajah dan tujuannya hanya kepada-Nya. Percaya kepada-Nya sebagai
Pencipta, bertawakkal dan memohon pertolongan, kemenangan dan kekuatan hanya
kepada-Nya semata. Dan dia beriman bahwa Tuhannya mampu terhadap segala
sesuatu, tidak memerlukan istri, anak. Menciptakan langit dan bumi. Dia Yang
Maha Menghidupkan dan Mematikan, Pencipta dan Pemberi rezki, maka seorang hamba
akan memohon rizki kepada-Nya. Maha Mendengar dan Maha Mengabulkan permintaan,
sehingga seorang hamba akan memohan agar dikabulkannya. Maha Penerima Taubat,
Maha Kasih dan Sayang, akan senantiasa menerima taubat hamba-hambanya manakala
berbuat dosa dan lalai akan ibadahanya. Maha Mengetahui, Maha Mendeteksi dan
Maha Melihat yang mengetahui niatan dalam hati dan hal-hal yang tersembunyi,
sehingga seorang hamba akan malu dikala akan melakukan dosa dan berbuat dholim
kepada diri dan orang lain. Karena Tuhannya melihat dan mengetahuinya. Dia juga
mengetahui bahwa Tuhannya adalah Maha Bijaksana, sehingga percaya akan pilihan
dan ketentuan Tuhan yang diberikan kepadanya. Tuhannya tidak akan berbuat
dholim hambanya, dan setiap ketentuan yang di tentukan-Nya baginya adalah
baik semua meskipun dia tidak mengetahui hikmah dibalik itu semua.
2. Dampak yang dirasakan
pada jiwa seorang muslim dari melaksanakan ibadah-ibadah islamiyah. Seperti
ibadah sholat, merupakan jalinan hubungan antara seorang hamba dengan Tuhannya,
manakala dilaksanakan dengan khusyu', akan terasakan ketenangan dan kedamaian.
Karena dia pasrahkan semuanya hanya kepada Allah semata. Oleh karena itu
Nabinya Umat Islam Muhammad sallallahu'alaihi wasallam bersabda : "
Hiburlah kami dengan shalat. Dan ketika ditimpa masalah, bersegerah menunaikan
shalat. Dan setiap kali ditimpa musibah, langsung melaksanakan shalat,
terasakan kekuatan kesabaran terhadap musibah yang menimpanya. Karena dia
melantunkan Kalam Tuhannya dalam shalat. Sementara dampak Kalam Tuhan tidak
bisa dibandingkan dengan dampak ucapan manusia. Jikalau nasehat dan ucapan para
dokter kejiwaan kita mendapatkan ketenangan dan keringanan beban, apalagi kalam
Tuhan yang menciptakan Dokter Kejiwaan tadi.
1.3 KEISTIMEWAAN ISLAM
1.Memperbaiki kepercayaan
dan memperkuat keyakian atau
akidah kepada Zat
Allah yang Maha Esa
2.Menghapuskan kepercayaan
kepada yang lain selain Allah SWT.
3.Mengatur cara beribadat
kepada Allah SWT
4.Mengatur cara-cara
perhubungan kehidupan manusia
5.Mengatur hukum-hukum
jenayah (jinayat) yang sesuai
dengan manusia
6.Mengatur hukum keadilan
kekeluargaan dan keturunan.
7.Mempertinggi akhlak
manusia.
8.Mengatur hukum-hukum yang
berhubungan dengan kebendaan
1.4 CIRI-CIRI KHUSUS AGAMA
ISLAM
Terdapat 7 ciri-ciri yang
dipunyai agama Islam iaitu:
1. Ketuhanan (Rabbaniyyah).
Bermaksud segala
hukum-hakam, konsep, prinsip, nilai dan
peraturan hidup yang
terdapat dalam ajaran Islam adalah secara
mutlak datangnya daripada
Allah SWT.
Di antara prinsip-prinsip
Rabbaniyyah ialah:
A. Islam adalah agama wahyu
yang datangnya daripada Allah SWT,
bukan ciptaan makhluk
(Nabi Muhammad SAW).
B. Islam bersih daripada
kekurangan, kejahilan dan dorongan hawa
nafsu.
C. Islam dan seluruh
makhluk adalah kepunyaan Allah.
D. Allah SWT sebagai
pemberi peraturan hidup.
-Berpegang dengan Syariah
'Rabbaniyyah' ini adalah sumber
kebahagiaan diri, jika
sekiranya manusia itu berpegang dengan
hukum-hakam yang diturunkan
oleh Allah SWT, Pemilik langit
dan bumi, berusaha untuk
mencapai keredhaan-Nya dan beriman
bahawa semua yang
terkandung di dalam agama ini adalah datang
dari Allah SWT dan untuk
Allah SWT.
2. Lengkap (Syumuliyyah).
Bermaksud ajaran Islam
adalah sempurna dan bersifat menyeluruh
yang mencakupi seluruh
aspek kehidupan manusia.
Di antara prinsip-prinsip
syumuliyyah ialah:
a. Kesempurnaan itu hanya
milik Allah SWT.
b. Islam menyediakan
peraturan hidup yang mencakupi segenap
aspek kehidupan.
c. Al-Quran merupakan
sumber utama yang mencakupi semua
bidang ilmu pengetahuan.
d. Segala peraturan yang
dibawa oleh Islam adalah sesuai dengan
fitrah manusia.
e. Peraturan dan
perundangan Islam adalah seimbang dan
memudahkan.
3. Realistik (Waqi’iyyah).
Bermaksud agama Islam
bersifat praktikal dan sesuai diamalkan
dalam kehidupan seharian
manusia.
Di antara prinsip-prinsip
waqi’iyyah ialah:
A. Ajaran Islam adalah
praktikal, bukan utopia.
B. Islam mampu
menyelesaikan sebarang masalah dan persoalan
manusia dalam hidup.
C. Islam memberi ruang
kepada perkembangan fikiran yang
melahirkan tamadun ilmu.
4. Sejagat (‘Alamiyyah).
Bermaksud Islam adalah
ajaran agama yang sesuai kepada
semua manusia tanpa mengira
bangsa, tempat dan zaman.
Di antara prinsip-prinsip
‘alamiyyah ialah:
A. Islam memuliakan
manusia.
B. Nilai keadilan Islam
bersifat sejagat.Islam sentiasa menegakkan
kebenaran dan mencegah
kemungkaran.
C. Islam menjamin hak asasi
manusia.
D. Islam sentiasa
mengutamakan keamanan dan perdamaian.
5. Tetap tetapi anjal
(Al-Thabat wa Al-Murunah).
Bermaksud Islam itu thabat
(tetap), tetapi pada waktu yang sama,
ia murunah (fleksibel).
Ianya keras tetapi boleh dilembutkan,
tegap tetapi boleh
dilentur, tidak berubah tetapi boleh disesuaikan.
Bentuk-bentuk
al-thabat wa al-murunah dapat disimpulkan seperti
berikut:
A. Kemantapan Islam adalah
pada tujuan dan matlamatnya.
B. Kelenturan pula pada
pendekatannya.
C. Tegap pada prinsip asal
dan hukum-hukum qat’inya, tetapi
lembut pada ranting dan
cabangnya.
D. Kukuh dan istiqamah pada
urusan dengan Allah SWT,
lunak dan boleh disesuaikan
pada urusan keduniaan.
6. Seimbang (Al-Tawazun).
Bermaksud ajaran Islam
tidak berat sebelah. Ia mempunyai
pertimbangan dan
keseimbangan yang amat sesuai dengan
kehidupan manusia.
Antara bentuk-bentuk
al-tawazun dapat dilihat pada keseimbangan
dalam perkara-perkara
berikut:
A. Seimbang antara dunia
dan akhirat.
B. Seimbang antara roh dan
jasad.
C. Seimbang antara hak
pemimpin dan rakyat.
D. Seimbang antara hak
individu dan jamaah.
E. Seimbang pada tegahan
dan perintah.
F. Seimbang pada
penciptaan semesta alam.
7. Sederhana (Wasatiyyah).
Bermaksud Islam adalah
agama yang sederhana dan menitik
beratkan kesederhanaan.
Umat Islam juga adalah umat yang
sederhana dan umat
pertengahan.
Kesederhanaan Islam dapat
dilihat dengan jelas dalam pelbagai
sudut terutamanya pada
akidahnya, syariatnya, syi'arnya dan
malah pada ibadatnya.
Ia menolak sebarang bentuk
ekstrimisme, sama ada yang terlampau
ketat dalam melaksanakan
agama, mahupun yang terlampau
longgar sehinggakan
mengabaikan ajaran agama itu sendiri.
video dari Ustaz Adi mengenai pengertian islam
Ulasan
Catat Ulasan