3.0 PENGERTIAN IHSAN
Ihsan itu ialah bahawa "kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihat-Nya, tetapi jika kamu tidak melihat-Nya, maka sesungguhnya Dia melihat kamu."
(Pengertian berdasarkan hadith riwayat Muslim daripada Umar bin Khattab) Yakni,mengabdikan diri kepada Allah hendaklah dengan perasaan seolah-olah anda melihat-Nya dan jika anda tiada perasaan melihat kepada-Nya, maka hendaklah anda merasa bahawa Allah melihatmu.
Maksudnya: ikhlas dalam beribadah atau ikhlas melaksanakan Islam dan Iman
Ihsan berasal dari kata حَسُنَ yang artinya adalah berbuat baik, sedangkan bentuk masdarnya adalah اِحْسَانْ, yang artinya kebaikan. Allah SWT berfirman dalam Al-Qur`an mengenai hal ini.
Jika kamu berbuat baik, (berarti) kamu berbuat baik bagi dirimu sendiri…” (al-Isra’:7)
“…Dan berbuat baiklah (kepada oraang lain) seperti halnya
Allah berbuat baik
terhadapmu….” (al-Qashash:77)
Ibnu Katsir mengomentari ayat di atas dengan mengatakan bahwa kebaikan yang dimaksud dalam ayat
tersebut adalah kebaikan kepada seluruh makhluk Allah SWT.
Daripada erti Ihsan seprti diatas dapat disimpulkan bahawa ihsan ialah melakukan sesuatu ibadah dan pekerjaan berasaskan ilmu dan kefahaman yang betul, cara terbaik, mengikut peraturan dan ikhlas kerana Allah Ta'ala.
Ihsan mencetuskan sikap dan akhlak yang mulia serta menjadikan kehidupan selesa dan aman.Dengan menghayati sifat ihsan seseorang akan sentiasa menyakini gerak-gerinya diperhatikan dan diketahui oleh Allah.
3.1 MANFAAT IHSAN UNTUK
DUNIA DAN AKHIRAT
Terdapat beberapa faedah
untuk melakukan ihsan. Syeikh Mahmud Al-Mishri disebut dalam Mausu'ah min
Akhlaq RasulillahSallallahu Alaihi wa Sallam seperti berikut:
Ihsan adalah barometer yang
mengukur tahap kejayaan manusia dalam menjalani kehidupan mereka.
Orang yang membuat ihsan
cara hidupnya adalah orang yang paling dekat dengan hati manusia di
sekelilingnya.
Ihsan boleh menjadikan
masyarakat kuat, hati ahli-ahlinya saling berkaitan, dan menyebarkan cinta dan
keharmonian di dalamnya.
Ihsan adalah cara bagi
masyarakat untuk maju dan berkembang.
Ihsan adalah cara untuk
mendapatkan keberkatan untuk usia, harta benda, dan keluarga.
Ihsan adalah satu cara
untuk memeriahkan ketakutan kepada Allah dan satu cara untuk mendapatkan belas
kasihan-Nya.
Ihsan boleh menjadi cara
untuk membersihkan semua virus mental, seperti keraguan, salah faham,
prasangka, dan sebagainya.
3.2 KEPENTINGAN SIFAT IHSAN
DALAM KEHIDUPAN
ALLAH berfirman bermaksud:
“Berbuat baiklah (kepada hamba Allah) seperti mana Allah berbuat baik
kepadamu (dengan pemberian nikmat-Nya yang melimpah-limpah).” (Surah al-Qasas,
ayat 77)
Ihsan adalah tonggak yang
menegakkan kerangka agama seiring iman dan Islam. Namun, umat Islam kini
memandang remeh konsep ihsan ini sehingga tidak mengambil endah kepentingannya
dalam kehidupan seharian.
Jika diteliti, ihsan sama
pentingnya seperti iman dan Islam dalam menentukan hala tuju kehidupan Muslim
sama ada bahagia di dunia dan akhirat atau sebaliknya.
Ihsan bererti berbuat baik
dan didefinisikan sebagai ajaran atau konsep mendukung etika kerja yang baik.
Berdasarkan perspektif ini, ihsan dapat difahami sebagai produktiviti kerja
secara optimum dengan hasil sumbangan terbaik dan berkualiti tinggi.
Konsep ihsan menjurus
kepada dua matlamat utama. Pertama, ihsan dalam ibadat dan kedua, ihsan dalam
muamalat.
Ihsan dalam ibadat ialah
beribadat kepada Allah dengan penuh khusyuk dan tawaduk di samping ikhlas
seolah-olah ketika itu sedang berhadapan dengan Allah.
Jika perasaan itu ada,
sudah tentu manusia gerun untuk melanggar larangan Allah.
Menurut Ibnu Hajar,
sekiranya manusia tidak dapat melihat Allah, maka hendaklah dia meyakini Allah
melihat dan mengawasinya. Justeru, setiap Muslim hendaklah menyempurnakan
ibadat dengan sebaiknya bertepatan landasan digariskan Allah dan sunnah
Rasulullah SAW.
Perlu diingat konsep ihsan
bukan sekadar memelihara hubungan baik dengan Allah dalam urusan ibadat
semata-mata kerana ihsan turut merangkumi setiap perlakuan sesama manusia sama
ada bersangkutan perkara duniawi mahupun ukhrawi.
Setiap Muslim dituntut
berihsan dalam urusan kehidupan seperti solat, puasa, zakat dan sebagainya,
bahkan dalam urusan muamalat seperti kekeluargaan, kemasyarakatan, kebudayaan
dan politik.
Dalam konteks ihsan dalam
muamalat, Imam al-Asfahani memberi dua pengertian iaitu limpahan nikmat
maslahah serta kepentingan pihak lain dan mempertingkatkan kualiti kerja itu
sendiri. Pengertian yang pertama dapat dilihat dengan jelas melalui aktiviti kekeluargaan
dan kemasyarakatan dalam komuniti Islam.
Ihsan juga dianjurkan
terhadap haiwan. Imam Muslim meriwayatkan, “Saidatina Aisyah bersama Rasulullah
SAW ketika perjalanan jauh, menunggang unta begitu susah hendak dikendalikan.
Lalu Saidatina Aisyah memalingkan unta itu ke kanan dan ke kiri. Maka Rasulullah
SAW bersabda maksudnya: “Wahai Aisyah! Kamu hendaklah menaruh kasihan belas
(berihsan). Sesungguhnya apabila ihsan masuk ke dalam sesuatu, maka hendaklah
ia menghiasinya. Dan apabila ihsan terkeluar daripada sesuatu, maka ia akan
rosak.”
Termasuk juga dalam skop
ihsan, iaitu mempertingkatkan kualiti kerja yang bergantung kepada dua syarat
utama, ilmu pengetahuan menyeluruh dan ketrampilan kemahiran yang mantap. Tanpa
kedua-duanya, tidak akan melahirkan satu perbuatan atau kerja benar-benar
berkualiti ihsan.
Ihsan sebagai konsep
menjurus ke arah hasil kerja optimum menuntut setiap Muslim kepada tiga perkara
berikut:
* Bekerja atau melakukan
sesuatu kerja sebaik mungkin selaras sabda Rasulullah SAW bermaksud:
“Sesungguhnya Allah mencintai jika seseorang melakukan pekerjaan atau perbuatan
dengan itqan (profesional dan terbaik).” (Hadis riwayat al-Baihaqi)
* Menguasai ilmu
pengetahuan dan mengetahui kemampuan diri berkaitan tugas sehingga
menyempurnakan kerja tepat pada masanya. Ilmu dan kelayakan seseorang antara
kriteria utama menjamin kejayaan kerja dilakukan.
* Ikhlas dan benar dalam
kerja dan amalannya. Dalam hal ini, ulama salaf, Fudhail ‘Iyadh ditanya makna
ikhlas dan benar dalam amalannya. Beliau menjawab: Sesungguhnya amal benar tapi
tidak dilakukan dengan ikhlas, tidak diterima Allah. Begitu juga jika dilakukan
dengan ikhlas tapi dengan cara yang tidak benar tidak diterima.
3.3 IHSAN TERHADAP BINATANG
Maksud
Melakukan segala amalan
baik yang tidak bercanggah dengan syara'.
Ihsan terhadap binatang
bermaksud membuat kebaikan, seperti bertimbang rasa dan tidak menganiayainya
ketika menyembelih.
-Ihsan Terhadap Binatang
-Mendapat ganjaran dan
rahmat Allah.
-Menunjukkan rasa hormat dan
simpati terhadap binatang.
-Melahirkan masyarakat yang
penyayang dan penyantun.
-Memelihara habitat binatang
daripada kerosakan dan kemusnahan.
-Membentuk individu muslim
yang cinta akan kebaikan dan benci akan keburukan.
PERLAKUAN IHSAN TERHADAP
BINATANG
MENYEMBELIH
-Memberi minum kepada haiwan
sebeum disembelih.
-Membaringkan di tempat yang
rata.
-Menggunakan pisau yang
tajam
-Melakukan sembelihan secara
cepat dengan sebaik-baiknya.
-Kepentingan Ihsan Terhadap
Binatang
-MEMBUNUH
-Tidak menggunakan cara yang
kejam seperti membakar
-Tidak menyiksa sebelum
dibunuh
-Memastikan alat yang sesuai
untuk membunuh
-Menggunakan alat dan cara
yang mempercepat mati
-Bentuk-bentuk Penganiayaan
Maksudnya : daripada Abu
Ya'la Shaddad bin Aus bahawa Rasulullah SAW bersabda : Sesungguhnya Allah
mewajibkan berlaku ihsan atas semua perkara. Jika kamu membunuh, berlaku
ihsanlah ketika membunuh, dan jika kamu menyembelih, berlaku ihsanlah ketika
menyembelih. Kamu hendaklah menajamkan pisau dan menyenangkan haiwan
sembelihan.
PENGAJARAN HADIS
-Memelihara binatang di
dalam sangkar
-Memusnahkan habitat
binatang
-Memukul dan menyeksa
binatang
-Menyabung atau melaga
-Mengurung binatang tanpa
memberi makanan
1. Ihsan ialah sifat
terpuji yang wajib dimiliki oleh setiap muslim
2. Kita wajib bersikap
ihsan kepada binatang dan menghindar diri daripada penganiayaan.
3. Islam mengharuskan
membunuh binatang yang memudaratkan manusia
IMPLIKASI PENGANIAYAAN
TERHADAP BINATANG
Mendapat dosa dan azab
diakhirat
Hati menjadi keras dan
sukar menerima teguran
Bersikap bengis, kasar dan
tidak bertolak ansur
Dibenci dan tidak dihormati
oleh anggota masyarakat
BINATANG YANG HARUS DIBUNUH
1. Binatang yang buas dan
ganas
2. Binatang yang berbahaya,
beracun dan berbisa
3.Burung yang menyambar
mangsa dengan kuku iaitu burung helang
4. Binatang perosak, kotor
dan boleh memudaratkan
3.4 IHSAN DALAM BERMUAMALAH
Ihsan dalam bermuamalah
akan berbuah jannah atau syurga. Dari Utsman Bin ‘Affan radhiyallahu anhu
berkata, aku mendengar Rasulullah Shallallahu alaihi wa sallam bersabda,
“Sungguh Allah akan
memasukkan ke dalam surga, seseorang yang memudahkan (orang lain) ketika
memberikan utang dan ketika menagihnya. (Demikian juga seseorang yang
memudahkan) orang lain ketika menjual dan membeli barang.” (HR Ahmad, Nasa’i
dan Ibnu Majah)
عَنْ عُثْمَانَ بْنِ عَفَّانَ
رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
يَقُولُ أَدْخَلَ اللَّهُ الْجَنَّةَ رَجُلًا كَانَ سَهْلًا قَاضِيًا وَمُقْتَضِيًا
وَبَائِعًا وَمُشْتَرِيًا (رواه أحمد والنسائي وابن ماجه)
Takhrij Hadits
Hadits ini diriwayatkan
oleh Imam Ahmad bin Hambali dalam Musnadnya, dalam Musnad Al-‘Asyrah
Al-Mubasyaruna Bil Jannah, Musnad Utsman bin Affan, Hadits no 454. Diriwayatkan
juga oleh Imam Nasa’i dalam Sunannya, Hadits no 4617 dan juga Imam Ibnu Majah
dalam Sunannya, Hadits no 2193.
Hikmah Hadits
Muamalah merupakan bagian
yang tidak terpisah-pisahkan dari ajaran agama Islam. Karena muamalah merupakan
kebutuhan manusia dan menjadi bagian yang terbesar dalam kehidupan manusia.
Oleh karena itulah,
muamalah menjadi bagian yang tidak terpisahkan dalam ajaran Islam.
Muamalah yang dilakukan
secara baik dan benar, sesuai dengan kaidah dan etika syariah, bahkan akan
dapat mengantarkan pelakunya masuk ke dalam surga, sebagaimana disebutkan dalam
hadits di atas.
Bahwa di antara bentuk
muamalah yang dapat mengantarkan seseorang masuk ke dalam surga sebagaimana
dijelaskan dalam hadits di atas adalah sebagai berikut.
Sahlan Qadhiyan wa
Muqtadhiyan ( سهلا قاضيا ومقتضيا )
yaitu memudahkan orang lain
dalam memberikan utang (pinjaman) dan juga dalam menagih utang.
Artinya, ia tidak
mempersulit orang lain yang bermitra dengannya saat mitranya tersebut berutang,
atau juga bahkan saat menagih hutang kepada mitranya.
Terkadang, orang lain dalam
kondisi kesulitan sehingga perlu mendapatkan bantuan dan pinjaman.
Memang memberikan dan
menagih utang dalam hadits ini adalah dalam konteks muamalah jual beli dan
bisnis, yaitu terhadap orang yang dipercaya dan sudah diketahui keamanahannya
yang apabila berutang ia akan membayar dan melunasinya.
Wa Ba’i’an Wa Musytariyan (
وبائعا ومشتريا )
yaitu memudahkan orang lain
dalam jual beli. Ketika menjual ia memudahkan pembeli demikian juga ketika
membeli ia memudahkan penjual. Ia tidak mempersulit atau menyusahkan pihak
lain, bahkan berupaya untuk memudahkan orang lain dalam jual beli.
3.5 IHSAN DALAM BERIBADAH
“Kualitas bisa menandingi
kesekian kuantitas” Demikianlah ungkapan yang banyak tersebar di media masa.
Sebagai seorang yang beriman kepada Allah dan hari akhir, tentu kita sangat
menginginkan amalan-amalan ibadah yang kita lakukan di dunia, mendapat balasan
yang sangat banyak di akhirat kelak. Kita semua berharap dengan amalan ibadah
kita yang sedikit, kita akan mendapat pahala yang berlipat ganda nanti di
akhirat. Dengan apakah hal itu bisa terwujud? Salah satunya adalah dengan
meningkatkan kualitas amalan ibadah kita. Pada pembahasan kami kali ini, kami
akan membahas tentang ihsan dalam beribadah kepada Allah Ta’ala. Semoga
Allah memberikan taufik-Nya kepada kita semua untuk bisa melakukan
amalan-amalan yang Dia cintai dan Dia ridhai.
Pembagian Ihsan
Sebelum kami membahas lebih
jauh tentang ihsan dalam beribadah, perlu diketahui sebelumnya bahwa pada
dasarnya, ihsan terbagi menjadi dua: (1) ihsan dalam ibadah kepada Allah; dan
(2) ihsan dalam menunaikan hak-hak makhluk. Ihsan dalam beribadah kepada Allah
– jenis yang akan dibahas di sini – terbagi menjadi dua, yaitu ihsan yang
wajib dan ihsan yang mustahab (sunah), sebagaimana ihsan dalam
menunaikan hak-hak makhluk juga terbagi menjadi dua, yaitu ihsan yang wajib,
dan ihsan yang mustahab (sunah). (Lihat Hushulul Ma-mul karya
Syaikh Abdullah al-Fauzan hafidzahullah)
Ihsan yang Wajib dalam
Beribadah
Ihsan yang wajib ialah
seseorang beribadah kepada Allah Ta’ala dengan memenuhi dua syarat
diterimanya ibadah, yaitu ikhlas dan ittiba’(mengikuti tuntunan
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam).
Allah Ta’ala berfirman
yang artinya, “Dan Dia-lah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa,
dan adalah singgasana-Nya (sebelum itu) di atas air, agar Dia menguji siapakah
di antara kamu yang lebih baik (lebih ihsan) amalnya.” (QS. Huud: 7)
Fudhail bin ‘Iyadh rahimahullah mengatakan
tentang ayat tersebut, “Yaitu amal yang paling ikhlas dan paling benar (sesuai
dengan tuntunan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam). Sesungguhnya
suata amalan, jika dia ikhlas tetapi tidak benar; maka amalan tersebut tidak
diterima. Demikian juga sebaliknya, jika suatu amalan benar, tetapi tidak
ikhlas; maka amalan tersebut juga tidak diterima. Amalan hanya akan diterima
jika dia ikhlas dan benar.”
Ibnu Katsir rahimahullah mengatakan
dalam tafsirnya terhadap ayat tersebut, “Suatu amalan tidak dapat dikatakan
ihsan, sampai amalan tersebut ikhlas hanya untuk Allah Ta’ala dan
sesuai dengan syariat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam.” (Tafsir
al-Quranil ‘Adzim)
Kenapa Pahalanya Berbeda?
Pahala yang Allah berikan
kepada hamba-Nya atas amal ibadah yang telah dia lakukan, berbeda-beda. Ada
diantara mereka yang mendapat pahala sepuluh kali lipat, ada yang tujuh ratus
kali lipat, bahkan ada yang jauh lebih banyak dari itu. Rasulullah shallallahu
‘alaihi wa sallam bersabda, “Barangsiapa yang bermaksud berbuat kebaikan,
kemudian dia mengamalkannya; maka Allah akan mencatatnya di sisi-Nya dengan
sepuluh kebaikan sampai tujuh ratus kali lipatnya, bahkan sampai jumlah yang
banyak sekali.” (Muttafaqun ‘alaih)
Kenapa demikain? Bukankah
amalan yang dilakukan sama? Bukankah ibadahnya sama-sama diterima di sisi
Allah Ta’ala? Kenapa balasan kebaikannya berbeda? Salah satu alasannya
adalah perbedaan tingkatan ihsan seorang hamba ketika melakukan ibadah
tersebut.
Sebagai misal, orang yang
shalat ashar dengan khusyuk dari takbiratul ihram sampai salam, tentu mendapat
pahala yang lebih banyak dari orang yang mengamalkan ibadah serupa, tetapi
khusyuknya hanya dua rakaat saja. Orang yang khusyuk pada dua rakaat, pahalanya
lebih banyak dari orang yang khusyuknya hanya satu rakaat saja.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sesungguhnya ada
seorang hamba yang selesai dari shalatnya tetapi tidak ditulis pahala (penuh)
baginya, kecuali setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya, hingga
beliau shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, ‘sepersepuluhnya.” (HR. Ahmad,
Abu Dawud, dan selain keduanya)
Ihsan yang Mustahab
Kadar ihsan seorang hamba
ketika melaksanakan ibadah berbeda-beda. Pahala yang dia dapatkan dari ibadah
tersebut pun berbeda-beda, sesuai dengan tingkat ihsannya. Setelah kita
menunaikan ihsan yang wajib terkait dengan amalan ibadah (yaitu ikhlas dan ittiba’),
hendaknya kita melanjutkannya dengan melakukan sunah-sunahnya. Ihsan yang mustahab (sunah)
terbagi menjadi dua tingkatan:
1. Tingkatan Musyahadah
Yaitu seseorang beribadah
kepada Allah seolah-oleh dia melihat-Nya. Maksud melihat di sini bukanlah
melihat dzat-Nya, tetapi melihat sifat-sifat-Nya, yaitu dengan melihat
bekas-bekas dari sifat-sifat-Nya yang bisa disaksikan pada ciptaan-Nya.
Ilmu dan keyakinan seorang
mukmin dengan nama-nama Allah Ta’ala dan sifat-sifat-Nya akan
menjadikannya mengembalikan segala sesuatu yang dia lihat di alam ini kepada
salah satu nama di antara nama-nama Allah atau sifat diantara sifat-sifat-Nya.
Ketika dia melihat sesuatu yang menyenangkan, maka dia langsung ingat akan
keluasan rahmat-Nya. Ketika dia melihat suatu musibah, maka dia langsung ingat
akan kekuasaan Allah dan dalamnya hikmah-Nya. Dia senantiasa mengembalikan
segala sesuatu yang dia lihat kepada nama diantara nama-nama Allah Ta’ala atau
sifat diantara sifat-sifat-Nya. Dengan demikian, maka nama-nama Allah yang maha
indah dan sifat-sifat-Nya yang maha tinggi akan senantiasa hadir dalam hatinya,
khususnya ketika beribadah kepada Allah Ta’ala.
2. Tingkatan Muraqabah
Yaitu seseorang beribadah
kepada Allah Ta’ala dengan disertai perasaan bahwasanya Allah
senantiasa mengawasinya. Jika seorang hamba beribadah kepada Allah dengan
perasaan demikian, maka dia akan senantiasa berusaha membaguskan ibadahnya
karena Allah Ta’alasenantiasa mengawasinya. Ketika dia memulai shalat, dia
yakin bahwa Allah mengawasinya dan dia sedang berdiri dihadapan-Nya. Oleh
karena itu, dia akan senantiasa memperhatikan gerakan-gerakan di dalam shalat
tersebut, dan membaguskannya. Allah Ta’ala berfirman yang artinya, “Kamu
tidak berada dalam suatu keadaan dan tidak membaca suatu ayat dari al-Quran dan
kamu tidak mengerjakan suatu pekerjaan, melainkan Kami menjadi saksi atasmu di
waktu kamu melakukannya.” (QS. Yunus: 61)
Rasulullah shallallahu
‘alaihi wa sallam bersabda ketika menjelaskan tentang makna ihsan, “Engkau
beribadah kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya. Namun, jika engkau tidak
bisa melakukannya, maka sesungguhnya Dia melihatmu.” (HR. Muslim)
Tingkatan yang pertama
(tingkatan musyahadah) ditunjukkan oleh sabda beliau, “Engkau beribadah kepada
Allah seolah-olah engkau melihat-Nya.” Sedangkan tingkatan muraqabah, yaitu
tingkatan yang lebih rendah dari tingkatan musyahadah, ditunjukkan oleh sabda
beliau, “Namun, jika engkau tidak bisa melakukannya, maka sesungguhnya Dia
melihatmu.”
video penjelasan ihsan
daripada Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Ammi Nur Baits

Ulasan
Catat Ulasan